Anak pungut :')

Salah ke anak pungut inginkan kasih sayang daripada semua orang ? Alhamdulillah , walaupun dia tak ada siapa yang yang menyayangi dia tapi dia dia masih ingat ada Allah di sisi dia . Dia tak pernah merungut tentang apa yang jadi dalam hidup dia . Tanpa kasih sayang ibu bapa yang sebenar dalam kehidupan yang palsu , dia mampu hidup . Alhamdulillah ya Allah . Terima kash kerana kau masih memberi dia peluang untuk bernafas di dunia ini . Tak semua orang tahu yang dia hanyalah berpura pura dalam kehidupan dia sendiri . Tanpa dia ketahui , selama berbelas tahun dia mampu bertahan dalam keadaan yang sebigini rupa . Kawan kawan yang rapat tidak tahu tentang keadan diri dia yang sebenar . Semuanya hanya palsu belaka . Dia sanggup menceritakan segala kisah yang tidak pernah berlaku dalam hidupnya . Dia menceritakan tentang kisah hidupnya yang dia reka sendiri . Ibarat kisah dongeng yang berkusadahan gembira di akhir cerita .

Walaupun dia hidup dalam kepura puraan tetapi dia tetap meneruskannya . Tak pernah merasa kekurangan walaupun mempunyai kedua ibu bapa . Dia masih hargai . Diberi pakaian , makanan dan tempat tinggal sudah cukup buatnya untuk tidak berputus asa meneruskan hidupnya . Hanya dalam masa beberapa bulan dia berharap dapat meninggalkan kepompong hidupnya . Semua orang mencabarnya ibarat dia tidak mempunyai perasaan ketika itu . Hanya Allah sahaja yang tahu . Dia yakin yang dia boleh buktikan yang dia mampu untuk berdikari dan menyara hidup dia sendiri . Jika boleh dia hanya ingin Allah menarik sahaja nyawanya . Fikran bercelaru akibat terllalu banyak tekanan . Teruskan berfikir secara positif dan ingat bahawa Allah ada dan dia meneruskan kehidupannya . Setiap hari ke sekolah , hanya senyuman palsu yang dia mampu berikan . Berpura pura bahagia dia depan kawan kawannya . Dia sangat sayangkan kawan kawannya . Menumpang kasih sayang di sebalik cerita kawan kawannya tentang kebahagiaan keluarga . Menangis dia dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya kehidupan .

Dengan apa yang diberi dalam kehidupan yang dia tanggung sendiri , dia berharap dia mampu mengubah segala galanya dalam kehidupannya . Ya Allah , dengan izinMU bantulah dia untuk mencari sebuah kebahagiaan mahupun di dunia ataupun di syurga kelak . Bantulah dia untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat . Hanya dengan bantuanMu sahjalah yang hamba minta untk memberikan dia kekuatan . Bantulah dia ya Allah . Amin .

1 comment:

  1. Semoga dia diberi kekuatan dalam hidup.. wpun dia anak pungut tapi dia harus bersyukur kerana ada keluarga yg membesarkannya dengan kasih sayang.. :)

    ReplyDelete